Powered By Blogger

Wednesday, August 18, 2010

Me AnD BeSt FrieNd

Urmmm....Ni sape plak ek?..klau nk tau,ni la best friend aku time kt universiti.kami satu rumah,n satu kelas gak.aku mula berkawan ngan dia ni sejak dari semester satu lagi.Dia ni suka sangat usik aku.Kawan aku ni nak kata degil,x jugak tapi terlebih nakal skit.kerenah dia,macam-macam.Aku ingat lagi,masa kami kene tukar rumah
time kat kolej sbb time tu cuti,so pihak pejabat kolej nak buat clearence,jd kami kene la tukar rumah or bilik,ada ke patut,dh penat aku cuci bilik tu,boleh plak dia main fire estiguisher....habis debu kering tu satu rumah.hahahah.lpas je 1 jam pindah ke rumah baru,org pejabat pon call la aku tnya kenapa bilik tu kotor..kami sampai sudah x ngaku...klau x,mmg tindakan tatatertib la jawabnya.

Lepas tu,ada satu malam plak,time practikal,kami keluar pegi ke giant kt SACC Mall, tuk beli barang tuk masak,time tengah elok je letak helmet kt moto,tiba-tiba plak si member aku ni wt lawak sengal dia buat-buat  seat moto tu hempap kepala dia,aku ni bukan main la ingat betul-betul,dia selamba je gelak2 kt aku.huh...sakit ati tol la.

Tapi x pe la,susah senang pon kami je yang tau time practikal tu.tp seronok.kami ni sering berkongsi berkongsi rahsia,rahsia aku,rahsia dia,n rahsia dia,rahsia aku.Dari tido,makan,pegi kelas,or jalan-jalan ke PKNS sumenye bersama.huhuhuhuhuhu.Semoga kenangan ini akan tetap abadi sampai bila.bila.

Semoga akan dipertemukan di masa akan datang.

PeNaMbAhAn

Ni plak time masuk je semester 3,maka penambahan pelajar dari UiTM Merbok kedah datang untuk menyambung pembelajaran mereka ke Kampus Induk Shah Alam.Bila je dengar ade rakan-rakan baru akan memasuki kelas aku tu,maka macam-macam la yang difikirkan...ada yang baik dan ada yang buruk....huhuhuhu biasa latu kn.

Tapi lepas je seminggu,keintiman pon mula la timbul....kami semua dapat bekerjasama antara satu sama lain.Daripada perasaan takut untuk bercampur dengan budak-budak dari diploma mulai hilang,kami dapat respek antara satu sama lain tanpa memandang rendah sesama kami.

Aku rasa sangat gembira berjumpa dengan semua batch ni.

KiSaH SuKa DaN DuKa PeRtEmUaN 9 SaHaBat

Tahun 2007 merupakan tahun yg sangat manis bagiku apabila diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Malaysia.Di sini jugalah aku bertemu dengan kawan-kawan yang selama ini banyak membantu dalam segala hal...Hanya dengan 9 orang ni je la yang lekat kt department (IDE) 2007 part 1.dengan x de sorang pon pompuan,amat terasa keborinannya.Asyik-asyik mengadap orang yang sama,samada dalam kelas,mahupun kt rumah.kami di sini masing-masing dari negeri yang berbeza,3 orang dari johor,2 orang dari pahang,2 orang dari sabah,1 orang dari selangor dan aku sorang dari kelantan.Camne nk berkomunikasi ek?.....huhuhuhu.Tapi x pe,aku pon bukan la kekok sangat nk ckp bahasa baku ni.huhuhu.tp best jgk time aku marah,x de la diorang faham..hakhakhak....Time ni mmg seronok sangat coz semuanya satu kepala.

Time semester 1 nie,sumenya duduk kt kolej kediaman Jati kt seksyen 2.Aku,Hafiz,Jiba,Mirul n Ban(syuib) duduk satu rumah,rumah sebelah plak,Ewen,Atok(fazlen),Aidil(chot) dan Ateng(Tengku).Kemana sahaja kami pergi,mesti bersama huhuhu...

Klau nak ponteng kelas pon x berani,sebabnya lecturer kami tu teramat la garang,tapi mesra.sebabnya klau ponteng ke,x siap keje ke,mesti kene denda,dan dendanya amatla memalukan diri...huhuhuhu.Antaranya jadik flawohon,dan hentam diri kt dinding dari bukit.huhuhuhu.klau ingat kembali kisah tu,mesti tergelak sorang-sorang.

Tuesday, August 17, 2010

KaTa-KaTa HiKmAh

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.