Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peminat komputer.
Sekarang saya ingin kongsi satu masalah mengenai Laptop Acer (tidak semua model ) atau pun mungkin akan terjadi kepada laptop jenama lain.Ramai yang tidak tahu bagaimana hendak clear / hapuskan password BIOS . Samada anda pernah create atau tidak pernah create password BIOS.Perlu anda tahu,apabila sistem BIOS di setkan password,maka apabila kita hendak format atau apa-apa sahaja yang berkenaan dengan BIOS,ia akan menyekat program itu.jadi jika anda terlupa passwordnya,maka amat menyusahkan la.Lagi-lagi bagi pengguna LAPTOP & NOTEBOOK.
Jadi Cara untuk hilangkan password BIOS adalah dengan menggunakan jumper yang disediakan atau cabut bateri CMOS untuk beberapa saat dan pasang kembali.
Bagi komputer desktop memang mudah.Bagi laptop atau notebook tidak ada jalan mudah melainkan cuba buka chasing laptop tersebut ( memang agak susah ) dan carik bateri memori dan cabut untuk beberapa saat selepas itu,pasang ianya kembali.
Masalah ini mungkin bepunca dari software yang dibekal oleh Acer iaitu Empowering Technology . Utiliti ini membolehkan user create / buat password BIOS tanpa memasuki BIOS.So pada pendapat saya remove sahaja software utiliti untuk lebih selamat.
No comments:
Post a Comment