MacOSX Snow Leopard merupakan sistem operasi yang digunakan oleh siri MacBook, MacMini, iMac dan MacPro keluaran Apple. Berbeza dengan sistem operasi lain seperti
Windows dan
Linux, MacOSX tidak boleh digunakan pada pc biasa. MacOSX hanya ekslusif untuk komputer keluaran Apple sahaja.
Jika anda berminat mencuba MacOSX tetapi masih belum bersedia mengeluarkan ribuan ringgit untuk membeli komputer Mac, tutorial kali ini membawakan anda cara install MacOSX Snow Leopard ke pc anda.
Sebelum bermula, perlu aku nyatakan tutorial ini bukanlah berkenaan tema
Windows yang menyamai MacOSX. Kami akan menunjukkan anda bagaimana untuk install MacOSX Snow Leopard ke dalam pc anda, dan gunakannya sebagai sistem operasi utama seperti komputer Mac yang lain.
Keperluan Utama:
2. DVD iatkos s3 v2
3. Komputer dengan processor Intel.
4. Grafik kad Nvidia atau Ati. Nvidia amat digalakkan.
5. Hard disk kosong.
Info
Iatkos S3 v2 merupakan salah satu distro MacOSX yang telah dioptimize untuk kegunaan pc yang menggunakan processor intel. Dengan kata lain, anda tidak dapat membeli dvd Iatkos s3 v2 secara rasmi. Disebabkan MacOSX merupakan perisian berbayar, anda seharusnya membeli dvd retail MacOSX Snow Leopard sebelum menggunakan Iatkos S3 v2. Kelebihan menggunakan Iatkos S3 v2 ialah dvd ini mengandungi banyak
driver hardware, memudahkan process install MacOSX ke pc anda sehingga ke tahap minima.
Amaran:
1. Cuba dengan risiko anda sendiri. Pastikan anda telah backup semua data dalam hard disk anda kerana anda perlu melakukan repartition untuk install MacOSX dan semua data dalam hard disk anda akan hilang.
2. Tutorial ini tidak di jamin berfungsi 100% kerana setiap pc mempunyai pelbagai
hardware dan setiap
hardware compatibility nya berbeza dengan MacOSX. Anda disarankan membaca compatibility list sebelum mencuba:
3. Tutorial ini untuk pc/laptop yang menggunakan processor Intel sahaja. Processor AMD tidak sesuai untuk tutorial ini.
Spesifikasi PC untuk tutorial ini
Processor : Intel Core 2 Duo E6600 2.4ghz
Motherboard : ECS G31T-M7 v1.0 socket 775
Grafik kad : Asus Nvidia 9600gt 512mb ddr3
RAM : 4gb ddr2 800 mhz
Persediaan:
1. Jika anda menggunakan lebih dari satu harddisk, sila gunakan satu hard disk sahaja.
2. Tanggalkan semua usb
hardware yang tersambung kecuali mouse dan keyboard sahaja.
3. Pastikan anda tahu spesifikasi PC anda seperti sound chipset, LAN, dan lain-lain. Anda boleh gunakan
PC wizard sekiranya tidak pasti.
Persediaan ini supaya tidak berlaku konflik semasa process install.
Langkah – langkah:
1. Set first boot sequence kepada DVD drive
2. Masukkan DVD iAtkos s3 v2 ke dalam dvd drive anda dan boot menggunakan DVD tersebut. Skrin ini akan terpapar.
3. Tekan kekunci F8 ketika skrin di atas masih terpapar.
4. Jika anda berjaya menekan kekunci F8, skrin dibawah akan terpapar. Pilih iATKOS S3 version 2. Jangan tekan enter lagi.
5. Taip –v . Perhatikan command tesebut akan terpapar pada bahagian bawah skrin disebelah kiri. Selepas itu tekan enter.
6. Tunggu sehingga proses loading siap dan skrin dibawah akan terpapar.
7. Hanya klik Continue.
8. Klik pada menu Utilities dan klik pada Disk Utility.
9. Perhatikan pada sebelah menu kiri terpapar senarai drive pada pc anda. Klik pada hard disk yang anda mahu install Mac OSX. Pilih berapa partition yang anda mahukan (dibawah Volume Scheme) dan klik Options. Dalam contoh ini saya memlih dua partition.
10. Pilih GUID Partition Table dan OK. Amaran! Semua data dalam hard disk anda akan terpadam.
11. Jika anda mahukan partition kedua boleh diguna untuk
Windows, format kepada MS-DOS (FAT)
12. Klik Customize.
13. Untuk Bootloader, klik AsereBLN v1.1.9
14. Pada Booatloader Options, pilih Graphics Enabler (untuk grafik kad Nvidia sahaja), Ethernet, USB dan Legacy Logo.
15. Pada bahagian Patches, pilih seperti gambar dibawah.
16. Pada bahagian Drivers, pilih seperti gambar dibawah.
17. Lagi pada bahagian
Drivers. Pada VGA, pilih nVdia->Enablers->NVEnabler. Sekiranya anda menggunakan grafik kad ATI, pilih salah satu
driver pada sub options ATI.
19. Setelah semuanya selesai, pilih partition yang telah diformat untuk MacOSX dan klik Install.
20. Proses install akan memakan masa sehingga 20 minit. Jika process installation berjalan lancar, pc anda akan restart.
21. Sebelum memulakan pc anda, set first boot kepada hard disk dan second boot kepada dvd drive.
22. Skrin ini akan terpapar, tekan F8.
23. Sekiranya anda mempunyai OS lain seperti
windows, anda dapat memilih OS mana untuk diboot melalui menu ini.
24. Pilih MacOSX menggunakan –v . Jika semuanya berjalan lancar, anda akan dapat boot ke sistem operasi MacOSX. Tahniah!
25. Enjoy video
intro MacOSX Snow Leopard yang super awesome!
Hackintosh
Nota:
1. Tidak berjaya install? Sila salin error yang terpapar dan google atau bertanya di forum
InsanelyMac.
2. Berjaya install tetapi tidak dapat boot MacOSX? Kemungkinan besar anda tersalah pilih
driver. Reinstall atau sila salin error yang terpapar dan google atau bertanya di forum
InsanelyMac.
3. Masalah
driver? Cuba download
MultiBeast. MultiBeast merupakan koleksi driver MacOSX untuk
hardware PC.
4. Nak update ke 10.6.6? Baca tutorial ni
Update MacOSX hackintosh to 10.6.6 atau tunggu tutorial dari aku.
5. Mahukan tutorial khas untuk hardware pc / laptop anda? Apa kata cuba lawati ruangan ini:
Tutorial hackintosh for many hardware
6. Mahukan tutorial video yang mudah difahami?
Hackintosh video tutorial by Lifehacker
7. Mahu show off Hackintosh anda? Sila berbuat demikian di ruangan komen di bawah ye :D
7. Nantikan banyak lagi tips dan tutorial hackintosh dari aku selepas ini.