Powered By Blogger

Monday, March 28, 2011

Backup Online Data Anda Dengan Dropbox dan Xmarks

Pernahkah anda kehilangan data-data penting yang pernah di simpan di dalam komputer,hard disk,atau pun pendrive?mesti pernah bukan.Bagi pelajar-pelajar universiti benda ini amat berguna kepada anda,kerana saya juga pernah melaluinya apabila data-data untuk digunakan dalam menyiapkan assigment hilang begitu sahaja.

Tak nak perkara berikut terjadi pada anda? jadi gunakanlah Dropbox & Xmark.

Dropbox


Servis online backup terbaik untuk semua. Percuma dan mudah digunakan. Wajib untuk semua pengguna internet!
1. Daftar akaun Dropbox disini
2. Download perisian Dropbox

3.Install perisian Dropbox dan login akaun anda.
4.Pergi ke My Documents dan anda akan melihat folder My Dropbox telah tersedia.

5. Sekarang anda hanya perlu pastekan hasil kerja anda dalam folder tersebut dan ia akan automatik backup ke online Dropbox. Atau terus saja save document anda dalam folder My Dropbox. Senang bukan?


6.File/folder yang telah siap dibackup akan mempunyai ikon tick seperti dibawah.

7.File/folder yang belum siap dibackup mempunyai ikon sphere dibawah:

8.Sekiranya anda mempunyai perisian Dropbox di pc lain, segala file dalam folder My Dropbox juga akan terpapar pada pc tersebut. Sangat cool!
Dropbox on Cyberfly-PC Dropbox on Cyberfly-Laptop

9.Atau akses file anda dimana saja melalui web Dropbox.


Xmarks


Xmarks merupakan extension untuk web browser Firefox, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari. Xmarks sangat best kerana ia akan automatik backup bookmark anda secara online, dan juga mergekan offline bookmark yg sudah tersedia ada. Dengan itu, anda tidak lagi akan kehilangan link ke website yang menarik/berguna biarpun pc anda rosak.
1.Dapatkan extension Xmarks disini.
2.Login ke akaun anda. Untuk pengguna Firefox, klik Tools->Xmarks->Xmarks Settings

3.Klik Syncronize now.

4.Sekarang semua bookmark anda telah dibackup online.
5.Sekiranya ada bookmark terbaru, Xmarks akan automatik backup (synchronize) secara online. Perhatikan pada bahagian bawah Firefox anda. Ikon flashing akan terpapar setiap kali anda bookmark sesuatu website.

6.Apa yang cool, sekiranya saya meminjam laptop EiNS dan mahu mengakses bookmark saya, saya hanya perlu login ke akaun Xmarks saya dan semua bookmark saya akan wujud pada laptop EiNS.
Firefox on Cyberfly-PC Firefox on Eins-Pc

Selamat mencuba dan semoga maju jaya ;)

No comments: