Powered By Blogger

Monday, March 28, 2011

Customize Win 7 Starter dan Home Basic dengan Personalization Panel

Jika anda membeli netbook baru, pastinya ia didatangkan dengan sistem operasi Windows 7 Starter. Win 7 Stater walaupun ringan dan laju, tetapi malangnya anda tidak boleh customize wallpaper, theme, color scheme dan sebagainya.
Pengguna Windows 7 Home Basic pula tidak mempunyai option untuk menggunakan Aero Glass (transparency) menjadikan Windows 7 kelihatan langsung tidak menarik pada pandangan pengguna komputer di masa kini.
Personalization Panel ialah perisian yang baru ditulis bagi membantu pengguna 7 Starter dan Home Basic menikmati sistem operasi yang ada pada komputer mereka.
windows 7 starter


Dengan Personalization Panel, anda boleh menukar wallpaper dan tema Windows 7 Starter. Tanpa program ini adalah mustahil untuk anda customize 7 Starter anda.
windows 7 home basic

Dengan program ini juga anda boleh gunakan Aero Glass pada Windows 7 Home Basic. Ada transparency barulah nampak sangat bergaya.
Untuk menggunakan third party theme pada semua jenis Windows; anda memerlukan UxTheme patch : UxStyle (http://www.UxStyle.com)
Download Personalization Panel | Windows 7 Starter dan Home Basic sahaja.

No comments: