Powered By Blogger

Sunday, February 13, 2011

Bahaya Contact Lencs


Pada zaman teknologi kini,ramai yang telah bertukar dari pemakaian kaca mata yang berbingkai kepada kontek lens.Kontek lens ialah sejenis gentian silikon lembut yang dapat menjadi bahan pengganti kepada cermin mata.Cara pemakaiannya ialah dengan melekapkan ke dalam mata,dan ia akan melekap sehingga kita mencabutnya.
 Terdapat banyak jenis kontek lens yang di jual dipasaran samada yang murah hingga yang mahal,serta terdiri daripada pelbagai warna dan corak yang kita ingini.Tujuan pemakaian kontek lens ini adalah untuk orang-orang yang mengalami rabun,tetapi pada masa ini ia bertukar sebagai fesyen...oleh kerana warnanya yang pelbagai serta mempunyai corak yang menarik dan dapat menarik perhatian,maka remaja terutamanya golongan pelajar institusi tinggi memilih untuk bertukar dari cermin mata kepada kontek lens.

Namun tahukah anda bahawa pemakaian kontek lens ini adalah bahaya...Mungkin bagi sesetengah orang menganggap ianya tidak bahaya.memang benar,jika kita memilih kontek lens yang mahal serta tahu pengjagaannya ia selamat,ia juga memerlukan penjagaan yang khusus dan ketelitian kerana sifatnya yang kecil,nipis dan lembut.Tetapi,jika kita lalai dalam penggunaan ia memang akan membawa malang.


Kita tidak tahu kadang kala,persekitaran kita berhabuk,panas dan sejuk.jadi,mata kita akan mudah berasa gatal dan ini akan menyebabkan kita mudah untuk menggosok mata,apabila mata digosok,kontek lens yang di pakai akan terkoyak dan belipat-lipat...hal ini akan menyebabkan mata kita luka dan sekali gus akan merosakkan anak mata.


Bagi aku,alhamdulillah kerana dikurniakan mata yang sihat dari dulu hingga sekarang,Serta tidak lagi ada masalah seperti rabun.Aku hanya sekadar ingin berkongsi hal ini kerana kebanyakan kawan-kawan aku yang memakai kontek lens ini memang selalu ada masalah.

Pernah ada kawan aku yang tidak sedar yang kontek lens yang dipakainya tidak dibuang semasa tidur,dan terjaga apabila terasa sakit di belakang mata.apabila di periksa,terdapat kontek lens di dalam matanya.dan ianya mengalami masalah untuk membuangnya.penyelesaiannya adalah hospital.

Pada kawan yang lain pula,kontek lens yang dipakai telah pecah-pecah di dalam mata dan mengalami kesukaran untuk membersihkannya,adalah amat menyakitkan apabila aku lihat untuk membuannya kembali.So kepada yang baru nak mencuba pakai tu,fikir dan renung-renung la dulu ye...semuanya atas diri anda.So ape komen korang?

2 comments:

pemilik iron pink said...

sye pon pki cntct lens jugak...
tpi alhamdunillah...
dah lama pki...
x de sbrng kesan sampingan...
mayb kne pndi jga kot..

najib@kaizer said...

yup...pengjagaan kebersihan tu penting kepada si pemakai....klau pandai jaga ok je..tp klau malas,memang jadik masalah kan...