Ia sememangnya sama.
Ya, ia sebenarnya tidak mempunyai perbezaan ketara antara DVD-R dengan DVD+R, cuma player atau DVD Drive anda hendaklah sesuai membaca dan memburn DVD yang anda beli itu. Katakan anda memakai DVD-R drive di PC anda, semestinya anda memerlukan DVD-R untuk itu. Akan tetapi pada masa sekarang DVD drive dicipta bagi membolehkan kedua-dua format itu dibaca, iaitu DVD +- R.
Perbezaannya..Yang diberi nama berlainan untuk kedua-dua jenis DVD itu adalah disebabkan syarikat yang mengesahkan format DVD tersebut. DVD-R adalah format DVD yang lama yang disahkan oleh DVDForum, satu badan yang menentukan spesifikasi sesuatu DVD. Manakala DVD+R adalah satu format yang lebih canggih yang dicipta oleh kumpulan Alliance yang terdiri daripada beberapa syarikat electronic gergasi iaitu antaranya Dell, HP, Ricoh, Sony, Yamaha, dan sebagainya.
Terdapat sedikit perbalahan antara kedua syarikat yang memegang format DVD ‘-’ dan ‘+’ tersebut kerana DVDForum tidak mengikhtiraf format DVD yang dicipta oleh Alliance iaitu format ‘+’. Walau bagaimanapun, agak kelakar juga kerana antara pengasas DVDForum suatu ketika dahulu ialah syarikat daripada Alliance sendiri.
Oleh itu, belilah DVD yang mana-mana pun yang bersesuaian dengan player anda. Ada yang berpendapat DVD-R sesuai untuk rekod movie dan lagu, manakala DVD+R sesuai untuk diburn data-data kerana ia tidak mudah rosak.
Sekian. Anda ada pendapat lain?
2 comments:
wah?bagos2 nii:)
He..he..tq atiqa..moga memberi informasi serta pengetahuan utk kamoo..
Post a Comment